Wednesday, November 26, 2014

Gewe (couple)

Assalamualaikum. 

Hellow people long time no see haa *wink* hahah lol.

So, gewe was a word in Kelantan yang bermakna kekasih hati atau couple dan banyak lagih. 

Jadi disini aku nak cerita pasal gewe gewe ni hahaha nak tergelak la pulak entry pasal gewe.

Sekarang ni aku lima belas, lagi empat bulan lebih jadi enam belas (cara start crita) haha. Aku bukan nak riak ke mengata diri sendiri ke apa ke nak malukan diri sendiri ke nak bangga ke eh bukan sama sekali ye. Aku just nak share something yang berlaku kat aku then mungkin kau boleh buat pedoman dalam hidup cehh. 

Cerita dia gini--

Ni jujur taw, selama lima belas tahun aku hidup aku pernah je gewe. Alaa zaman zaman manusia semua dalam keadaan nak dicintai dan mencintai hahaha zaman bila ntah aku tak ingat. Ok lepastu, jujur lagi ni bukan sekali je aku gewe adalah dalam banyak kali lah gak tapi ntah aku tak ingat sebab aku dah buang dah zaman kejahilan bergewe tu hahaha. Pastu ni kes jujur sangat dah ni aku bergewe tu bukan lama pun alah kejap je memang kejap sangat haa kenapa ye? hahaha //gelak jahat// .

Aku tak pernah bagitahu sesiapa pasal ni hahah tetibe rasa special nak share dengan readers (ok ni penipu besar) . 

Aku ni kan kalau gewe paling lama seminggu, paling kejap sejam. HAHAHAHA. Bukan nak kata aku ni playgirl tahap kronik taw tapi entah laa memang ini lah aku sebenarnya. Tapi aku gewe kejap je tu ada sebab laa bukan sengaja alah mesti ni kalau yang jenis tak baca habis dah keluar lah dia punya negatif thinking like --

"kolot ah minah ni playgirl gila ramai laki "

"playgirl gila minah ni"

"aku kena bagitahu orang lain ni"

Kau jangan centu lagi taw baca sampai habis dulu. Maaf lah sebab entry ni takde gmbr yang boleh buat kau menarik sikit nak baca sebab aku xtahu nak letak gamba apa. Nak letak gamba aku kan kata aku ni perasan comel lak hahaha.

So, sebab kenapa kalau aku bergewe ni tak lama sebab aku ni jenis yang;

- mudah bosan. Ni srys, aku ni jenis paling mudah bosan dengan sesuatu perkara taw. Sebab tu aku suka buat benda baru hahaha. Macam topik gewe ni kan, kalau gewe mesti dengan orang yang sama aku ni jenis yang yang mudah bosan so memang aku xleh laa jenuh laa dah selalu text sampai dah takde topik call selalu sampai last2 diam gak. Aiii aku xpaham dengan orang yang couple ni diorang tak puas ke hadap muka sama? Ya allah kalau aku takleh laa cenggitu srys takleh. 

mudah serabut. Serabut nya pulak sebab macam macam lah. Aku tak tahu cam mana orang yang bergewe ni dia dapat stay lama gila ya allah dia tak serabut ke hah dahlaa couple bukan kawen kalau kawen tu aku mmg tabik ah dah sebab jodoh dia allah dah bagi yang terbaik dah hahahah ni couple bro couple aku sebut couple pun serabut haa sampai pening kepala ni 

- need a freedom! Orang orang yang couple ni hidup dia aku tengok macam selalu dikongkong taw. Macam nak gi keluar rumah lah kan apa apa kena bagitahu dulu dia punya kononnya life saver lah kan kalau keluar rumah jadi apa apa(padahal buat tak kesah je), lepas tu kalau macam kita nak kawan dengan different gender tak kasi sebab nanti takut sangkut(terpikat), atau kalau xreply mesej sebab tak ade kredit kan kata kita ni tak peduli lah apa lah wey kau couple je pun ya allah tak paham lah aku yang jenis jaga cam bini nih haih. 

- habis duit. Masalah ni memang mesti pasti wajib akan jadi kalau couple hahahaha. Habis duit laa kau couple nih wey! Kau nak beli topup lah nak beli hadiah anniversary lah konon macam dah menjalani rumah tangga yang bahagia hahaha. Lepastu jenis cam nak beli baju couple ni hah memang lah aku faham kalau dah couple mestila semua benda nak sama kan nanti kalau gi date orang akan cakap cam  "ey sweetnya korang baju sama" . Memang sweet semua sweet aku cakap betul sebab dunia sekarang kan. Tapi better lah kau simpan je duit beli baju couple tu belajar leklok nanti guna duit tu untuk masuk minang nanti belilaa banyak banyak baju couple sampai penuh satu almari konferm orang akan kata kau pasangan suami istri paling bahagia kan sedap dengar tu pahala pun dapat maksiat dielakkan. (membebel)

- lebih- lebih. Masalah aku sebelum ni bila aku couple dulu dulu jantan yang jenis macam suka panggil melebih taw ya allah kalau ingat balik geli giler hahahaha. Jenis melebih ni pula banyak, panggil panggilan melebih lah, act terlebih lah, alah semua terlebih laa. Yang aku paling geli yang jenis panggil sayang baby abiy biy whatdahell is this HAHAHAHA . Dia punya panggilan sweet cenggitu macam dah kawen lama dah ada anak keliling pinggang kononnya nak bagi feel sweet err geli. Lepastu yang jenis 18+++ (alhamdulillah aku tak pernah lalui) tapi aku nak share ni penting. Yang jenis macam ni sekali dia cakap jenih 18++ takyah layan lah wey tinggalkan je orang macam ni tak patut dilayan nanti makin dilayan makin perangai. Kan kalau dah start perangai nanti mula lah keluar paper hal throw babiesssss hahaha isu semasa. 

- buang masa. Ni best hahahaha. Memang aku setuju gila couple ni benda paling buang masa seluruh alam mahupun angkasa, Benda couple ni buang masa kenapa tahu? Bila kau pegang phone tunggu mesej or call drpd kau punya someone tu without doing nothing tu mmg tahap buang masa paling kronik. Tapi kalau yang jenis buat lah jugak sambil sambil tu alhamdulillah lah moga cepat insaf heheh. Dan bila kau couple benda buat date memang mesti (tapi alhamdulillah i never have a date with a guy) kan mesti kan date ni? Ni memang benda buang masa paling femes. Benda dapat dosa memang free macam kau dapat pahala bila senyum kat orang. Kau dahla buang masa + date + setan around = DOSA. Dosa kau tahu dosa free je bukan dosa susah macam striker football nak kasi goal, kau faham tak mcm mana? 

Ok mood jadi baik hahaha.

Aku bukan nya perfect sangat pasal semua benda ni. Aku bukannya arif sangat benda macam ni. Tapi aku share apa yang aku tahu, Aku social person mungkin. Aku berkawan dengan ramai orang. Aku kenal ramai jenis manusia, ramai jenis perangai, ramai jenis ragam jadi aku kaitkan semua tu aku share dengan korang, 

Kawan aku ada je yang couple. Ramai je. Tapi kita manusia, nak mencintai dan dicintai tu normal. Tapi sebagai islam kita kena buat tanggungjawab kita which is cegah maksiat dan bila dah cegah tu dorang nak donga ke tanak ke masalah dorang latu. Semua orang nak ada kesayangan masing masing kan semua nak ada orang special dalam hidup atau sekarang dah dikenali dengan pamggilan BAE( before after everything) kan? Aku pun nak, alaa semua nak. Biasanya orang akan cakap; 

"Kau kan dah ada family, Allah pun kau ada kenapa perlu couple tak cukup kasih sayang ke?"

Tolong, buka kotak fikiran kau. Sekarang dunia dah lain tak macam dulu. Bukan nak cakap yang macam gitu tu kolot tapi aku percayalah inside every person walaupun diorang macam "aku ada parents ah aku ada allah lah", tapi inside dia perlu somone, someone yang nak always be together. Kan?

Aku ulang yang atas tadi. Aku ramai kawan, aku kawan dengan semua orang. Dan melalui kawan lah aku share semua, tapi bukan semua kawan. Sebab certain people dia jarang share dengan parents dia. Antara banyak banyak kawan kau mesti akan ada at least sorang yang akan jadi sahabat kau, sahabat istimewa yang dapat share semua. Kau jadikan sahabat kau tu macam kau punya couple laa tapi jangan lah melebih alah paham laa cane kan? 

Haa sekarang kau dah nampak tak apa yang aku terangkan? 

Tak perlu nak couple bagai untuk  jadi kesayangan kau, untuk jadi kau punya bae untuk kau text and call all day long. Semua tu maksiat! Kau just perlukan kawan barulah kau boleh lupa semua kesepian bila takde gewe cehh hahaha. 

Sebab tu aku, Last aku couple dah lama gilaa ah tapi xingat bila, Sampai sekarang aku xpernah couple. Pernah je orang purpose ceh purpose bukan nak perasan tapi benda betul hahaha tapi yelah aku tak terima lah. Sebab aku dah senang dengan hidup aku. Hidup aku yang ada ramai kawan yang aku boleh borak bila aku bosan. Dari awal pagi aku bangun (awal lah sangat) dan sampai lewat malam pukul 3 cenggitu still ada kawan yang teman aku. Dan aku buat tu semua atas aku sendiri, tak perlu orang lain nak kongkong ke apa tak perlu nak ada gewe yang menyibuk hal aku siang malam haih menyampah dohh. 

Just, tunggulah saat paling bahagia nanti bila kau akan get married benda paling best seumur hidup atas dunia ni sebagai hamba Allah ceh hahaha. Tunggu je masatu barulah kau buat sweet thing together dengan future wife/hubby kau tu. Aku cakap ni bukan sebab aku dah kawen tapi as i said laa kat ataih tu haih. 

Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh share ni tapi nak taip pepanjang nanti bosan pulak kome nak membacanye kan hahaha tapi kalau nak tanya apa2 sila ke ruang komen ya dialu alukan. 

Lastly aku nak mintak maaf lah kepada yang bergewe tu atau yang terasa ke aku bukan nak mengata nak menindas nak mencela tapi kita manusia kena sama sama beringat. Aku kongsi apa yang aku tahu. Kau kongsi lah apa yang kau tahu kat komen tu. 

Ill stop here with this single picture so, wassalamualaikum.


" Friends are when you fall they lough at the first sight but then quickly pull you to stand back. appreciate them"