Saturday, October 25, 2014

Cream.

Assalamualaikum.

Okay tajuk harini adalah cream so here  we go.

Aku dah malas nak jadi nerdy sangat sbb aku rasa setiap post aku mesti aku akan describe pasal tajuk tu. Ok macam nerd sangat kan? Jadi kalau untuk tajuk harini aku rasa senang sangat dan mesti korang semua faham hahahah.

Cream yang aku maksudkan ini adalah bukan cream yang buat masak masak tu yang terletak atas kek yang selalu dikenali sebagai aising (atau kelantan je panggil ni)

Tapi cream yang aku maksudkan ini ialah face cream. Ok face cream. Aku rasa kalau awek awek mesti tahu sangat pasal face cream ni tapi kalau yang bab cowok cowok aku xtahu lah diorang tahu ke tidak tapi ada je kot yang tahu dan ada je kot yang pakai. *sinis*

So nak dijadikan cerita satu harini masatu sekolah aku ada latihan kawad kaki sebab tak lama lagi ada pertandingan jadi kitorang pun gigih lah berlatih petang petang waktu matahari still tegak atas kepala. Ok aku serious panas gila kot! Jadi bila dah kena matahari yang panas membahang tu memang wajid lah kan jadi face burned.

Face burn ni pula kalau someone tu memang teruk gila kena burned muka dia memang akan jadi macam kawasan terdedah kat muka tu akan jadi gelap dan kawasan yang xterdedah tu dia jadi alaa kulit asal lah dah sebab tak terdedah kan. Kalau girl yang pakai tudung ni kalau dia buka tudung memang serius lah wey nampaklah perbezaan dia dan selalunya benda macam ni lah penyebab depressed kepada cewek cewek hahaha.

(Dan kalau kau tak faham apa yang aku terangkan tadi tu kau boleh buat minah atau mamat orang putih sebagai contoh. Aku bukan nak mencarut tapi ini betul)

Aku rasa macam dah jadi cerita lain err.

Okay lepastu, sebab yelah kan bila kawad kena matahari bila kena matahari kena face burned bila dah kena face burned jadi gelap ok ulang jadi gelap . Sooo, bila dah jadi gelap keyakinan diri tu kurang yelah wey daripada face ni sebenarnya cerah terus jadi gelap sebab main tengah panas.

Jadi, masa tu memang aku rasa kulit aku ni bertambah gelap tambahan pula dengan kulit aku yang memang dah gelap jadi semakin gelap sebab main bawah matahati. Nak dijadikan cerita malam tu aku ada kelas tambahan malam so aku rasa macam gelap sangat je muka aku ni so aku decide nak pakai face cream . Kebetulan akak akak dalam bilik(asrama) aku ni jenis yang kaki make up so aku pun minta la pinjam nak pakai pegi class.

"Kak pinjam face cream tu boleh?"

"Oh nah ambik lah"

Dengan gigihnya aku pun pakai la cream tu. Tapi masalah aku ialah aku tak pandai pakai cream tau tak pernah pakai cream sebelum ni so memang aku main hentam je sapu kat muka hahaha. Plus masa tu dah lewat gila class memang dah nak start lagi lah aku kalut gila.

Aku ni pulak jenis yang tak suka bertanya "eh muka aku ok tak?" sebab aku tahu kawan aku takkan layan ok sedih :'( .

Lepastu, aku masuk kelas kebetulan memang tempat duduk aku belakang laki  (tapi kira nasib baik lah laki tu macam segang lah macam masuk angin lah macam satu kepala lah haa macam gitu)
Dengan kalutnya nak letak buku atas meja semua lepastu kamal (laki tu. Bukan nama sebenar) pun toleh ke belakang tanya homework dah siap ke belum alaa soalan biasa aku pun jenuh nak menjawab. Dengan kalutnya aku pun tengok lah dia dan jawab "siap bro" . Lepastu tiba tiba tau dia tanya aku;

"Wey, kau pakai cream ke? Hahahah"

Terkejut gila aku masa ni serius. Terus aku sapu sapu sikit kat muka kalau ada tompok tompok ke apa ke hahaha gelabah kot.

"Nampak sangat ke weh?"

"Bukan setakat nampak sangat, tompok bagai apalaa kau xreti pakai ke?"

"Manada ish diamlah kau malu aku"

Srys malu gila ok aku memang malu gila tak boleh nak describe hahahahaha. Terus aku pegi ajak kawan aku pegi tandas(sebab masa ni kawan aku baru datang kelas) nak cuci muka serik kot aku kena tegur dengan laki nasib baik sorang je tegur kalau reramai hah mahu nya nanti aku terjun sebab malu sangat.

So lepastu memang aku dah tak nak pakai cream dah memang aku dah tak nak dah memang dah serik gila dah. Menyesal pun ada sebab tak check betul betul hahaha .

Sooow, moral of the story is;
Kalau kau ada lah keinginan nak pakai cream aku nasihatkan pakai lah betul betul ek kasi rata sikit check cermin betul betul pastikan lighting tu kasi kena muka sbb kalau gelap memang tak nampak nak ratakan dia. Then, kalau nak pakai pun kasi beli yang mahal kalau xmahal pun biar sesuai dengan kulit kau sebab nanti kalau tak sesuai kan nanti kau jugak yang kena effectnya haa lagi teruk jadi muka kau tu. Beringatlah ye uolls :')

I end up here, Waalaikumussalam :)

1 comment:

  1. Haha. Lawak giler kot. Hee
    U're beautiful just d way u are kar ;)

    ReplyDelete

Drop your words here :')