Wednesday, March 22, 2017

SPM je pun

On 16th March 2017, my mom drove her car to Terengganu on very early in the morning as we planned to arrive there at 10 am- Batu Rakit Integration School. But yes we arrived at 9.30 something sooo early as hell because there was like a few of us yang baru sampai. I get out of the car and start to wondering around with my brother kononnya want to find my friends, tapi diorang punya otw tu janji melayu betul. So I end up waiting for them at the canteen with some another friends.

Muka berdebar nak mampus but stil you wanna looked freakin chilled.


oh and i also got some welcome greeting from my junior- aiman malek and another one i dont remember his name lol sorry gais but still thank you <3

About 10am lebih lebih i walked around the school with two of my classmate/bestfriends/bestmate/- it represent all, then we met teacher Nor our english's favourite teacher. That was the time where we walked together to the hall for the ceremony andddddddddddddddddd SPM RESULT!!!

I thought i was the only one yang ambik result paling lambat because i was freaking scaredd of what will my result be, what will i got, what i have to do, how was my mom feeling, how should i react. A LOT OF QUESTIONN.  But i just took it from my class teacher and buat rileks cool chill like nothing happend. Dia punya cool tu macam dapat straight A je kahkah. Oh but at first tak tngok lagi sbb Cikgu Zamri ambik I punya result sbb nak tngok subjek dia, god bless i passed his subject. Not an A but still i got credit, cheers for that :)

I tengok my result, as usual counting how many As did i get- 4.
how about B? oh its 4 jugak.
another 2 is 1C and 1D. I got every alphabet (joke)

At first, i was quite kecewa looking at those As tapi still rileks senyum lagi macam nothing happen dahla juniors dengan colleagues duk tanya brape I dapat jenuh jugak la nk mnjawab dah la masatu tak jumpa dengan my mom lagi. Lepas merentasi soalan soalan berikut barulah I manage to meet my mom and gave her my result. I senyum je. But i see my mom muka kecewa. I dont want to cry. But I saw my mom's face, that face of redha :). I hug her, saying sorry because this was all I could get. She smile :)


Skype partner. Obviously *laugh*

Sebab I taknak nangis tngok my mom face I pun told her i nk prgi jumpa cikgu kawan and junior so my mom wait in the car. Lama gak la pergi jumpa cikgu cikgu tu biasal rindu kan pastu nk ucap terima kasih pastu nk bagi hadiah kat cikgu lagi. Sumpah i felt sorry for my mom sbb kena tunggu tapi nak pergi sendiri pun tak boleh takde lesen huhu.

Oh just for information my batch 12 orang dapat straight A. None straight Aplus its okay guys we did our best. All hail Elite Squad 1216!
And also, we got 2 from Abu Daud clan alhamdulillah at least ada wakil huhu :)

So here, nak selit satu appreciation post dekat my very belover (lah sangat) friend which is: Mohd Syakir bin Zamri.

Dear sakir,
Congrate on your straight As. Walaupun mu dok dapat straight A plus yang ditarget tu mu tetap buat yang terbaik doh. Aku nak cakap ah, thaaaaankkyooouuuu for everything! Mu ajar aku kalau aku tak faham even kadang kadang aku cam malas nak dengar. Thankyou sbb sabar dengan perangai gila aku yang skali mu jadi gila sometime. Thankyou for this great friendship that we created together. Thankyou sbb concern pasal aku dalam diam kahkah. Thank you tolong aku banyok bndo yang aku sdiri takleh nk buat. Goodluck untuk kehidupan yang mendatang ni. Semoga mu jadi engineer yang berguna. Nnti boleh la kita wak cooperation ye dok? hahaha. All the best sakirooooo. I mill miss you ehek. Till we meet again okay? ps// walaupun mu sokmo sakitkan hati aku, aku tahu deep inside mu saye aku sebenarnya kankan hehe. ( Still dok puah hati sbb xdok gmbor nga syakir hari result tuu nk wak gane sek stret sibuk kang)



What i want to say here is, what ever your result is jangan kecewa jangan sedih. Kena redha dengan apa yang kita dapat. Mungkin sikit bagi org lain tapi dah banyak bagi kita kan? Allah dah bagi yang terbaik untuk kita mana tahu nnti satu hari kita berjaya lebih dari orang lain. Usaha Doa dan Tawakkal dengan Allah. Insyallah we get wnt we want.

Goodluck in our life 99'liners. #Flyhigh

some pictures why not;


This is my clans; VAD 2016 




That one with black tudung is actually my Lukisan Kejuruteraan tecaher okay shes not taking spm result with us lmao



Amirul cakap Karmila putih sangat dalam gambar ni tapi dia hitam so dia tak puas hati. lol


got some picture with my favorite juniorssss. gonna miss you two!! blajar leklok dapat banyak A lagi dari kakkar ye hiks :)



So thats all. All the best elitesquad, VAD benders, and all 99 liners!





Wednesday, November 26, 2014

Gewe (couple)

Assalamualaikum. 

Hellow people long time no see haa *wink* hahah lol.

So, gewe was a word in Kelantan yang bermakna kekasih hati atau couple dan banyak lagih. 

Jadi disini aku nak cerita pasal gewe gewe ni hahaha nak tergelak la pulak entry pasal gewe.

Sekarang ni aku lima belas, lagi empat bulan lebih jadi enam belas (cara start crita) haha. Aku bukan nak riak ke mengata diri sendiri ke apa ke nak malukan diri sendiri ke nak bangga ke eh bukan sama sekali ye. Aku just nak share something yang berlaku kat aku then mungkin kau boleh buat pedoman dalam hidup cehh. 

Cerita dia gini--

Ni jujur taw, selama lima belas tahun aku hidup aku pernah je gewe. Alaa zaman zaman manusia semua dalam keadaan nak dicintai dan mencintai hahaha zaman bila ntah aku tak ingat. Ok lepastu, jujur lagi ni bukan sekali je aku gewe adalah dalam banyak kali lah gak tapi ntah aku tak ingat sebab aku dah buang dah zaman kejahilan bergewe tu hahaha. Pastu ni kes jujur sangat dah ni aku bergewe tu bukan lama pun alah kejap je memang kejap sangat haa kenapa ye? hahaha //gelak jahat// .

Aku tak pernah bagitahu sesiapa pasal ni hahah tetibe rasa special nak share dengan readers (ok ni penipu besar) . 

Aku ni kan kalau gewe paling lama seminggu, paling kejap sejam. HAHAHAHA. Bukan nak kata aku ni playgirl tahap kronik taw tapi entah laa memang ini lah aku sebenarnya. Tapi aku gewe kejap je tu ada sebab laa bukan sengaja alah mesti ni kalau yang jenis tak baca habis dah keluar lah dia punya negatif thinking like --

"kolot ah minah ni playgirl gila ramai laki "

"playgirl gila minah ni"

"aku kena bagitahu orang lain ni"

Kau jangan centu lagi taw baca sampai habis dulu. Maaf lah sebab entry ni takde gmbr yang boleh buat kau menarik sikit nak baca sebab aku xtahu nak letak gamba apa. Nak letak gamba aku kan kata aku ni perasan comel lak hahaha.

So, sebab kenapa kalau aku bergewe ni tak lama sebab aku ni jenis yang;

- mudah bosan. Ni srys, aku ni jenis paling mudah bosan dengan sesuatu perkara taw. Sebab tu aku suka buat benda baru hahaha. Macam topik gewe ni kan, kalau gewe mesti dengan orang yang sama aku ni jenis yang yang mudah bosan so memang aku xleh laa jenuh laa dah selalu text sampai dah takde topik call selalu sampai last2 diam gak. Aiii aku xpaham dengan orang yang couple ni diorang tak puas ke hadap muka sama? Ya allah kalau aku takleh laa cenggitu srys takleh. 

mudah serabut. Serabut nya pulak sebab macam macam lah. Aku tak tahu cam mana orang yang bergewe ni dia dapat stay lama gila ya allah dia tak serabut ke hah dahlaa couple bukan kawen kalau kawen tu aku mmg tabik ah dah sebab jodoh dia allah dah bagi yang terbaik dah hahahah ni couple bro couple aku sebut couple pun serabut haa sampai pening kepala ni 

- need a freedom! Orang orang yang couple ni hidup dia aku tengok macam selalu dikongkong taw. Macam nak gi keluar rumah lah kan apa apa kena bagitahu dulu dia punya kononnya life saver lah kan kalau keluar rumah jadi apa apa(padahal buat tak kesah je), lepas tu kalau macam kita nak kawan dengan different gender tak kasi sebab nanti takut sangkut(terpikat), atau kalau xreply mesej sebab tak ade kredit kan kata kita ni tak peduli lah apa lah wey kau couple je pun ya allah tak paham lah aku yang jenis jaga cam bini nih haih. 

- habis duit. Masalah ni memang mesti pasti wajib akan jadi kalau couple hahahaha. Habis duit laa kau couple nih wey! Kau nak beli topup lah nak beli hadiah anniversary lah konon macam dah menjalani rumah tangga yang bahagia hahaha. Lepastu jenis cam nak beli baju couple ni hah memang lah aku faham kalau dah couple mestila semua benda nak sama kan nanti kalau gi date orang akan cakap cam  "ey sweetnya korang baju sama" . Memang sweet semua sweet aku cakap betul sebab dunia sekarang kan. Tapi better lah kau simpan je duit beli baju couple tu belajar leklok nanti guna duit tu untuk masuk minang nanti belilaa banyak banyak baju couple sampai penuh satu almari konferm orang akan kata kau pasangan suami istri paling bahagia kan sedap dengar tu pahala pun dapat maksiat dielakkan. (membebel)

- lebih- lebih. Masalah aku sebelum ni bila aku couple dulu dulu jantan yang jenis macam suka panggil melebih taw ya allah kalau ingat balik geli giler hahahaha. Jenis melebih ni pula banyak, panggil panggilan melebih lah, act terlebih lah, alah semua terlebih laa. Yang aku paling geli yang jenis panggil sayang baby abiy biy whatdahell is this HAHAHAHA . Dia punya panggilan sweet cenggitu macam dah kawen lama dah ada anak keliling pinggang kononnya nak bagi feel sweet err geli. Lepastu yang jenis 18+++ (alhamdulillah aku tak pernah lalui) tapi aku nak share ni penting. Yang jenis macam ni sekali dia cakap jenih 18++ takyah layan lah wey tinggalkan je orang macam ni tak patut dilayan nanti makin dilayan makin perangai. Kan kalau dah start perangai nanti mula lah keluar paper hal throw babiesssss hahaha isu semasa. 

- buang masa. Ni best hahahaha. Memang aku setuju gila couple ni benda paling buang masa seluruh alam mahupun angkasa, Benda couple ni buang masa kenapa tahu? Bila kau pegang phone tunggu mesej or call drpd kau punya someone tu without doing nothing tu mmg tahap buang masa paling kronik. Tapi kalau yang jenis buat lah jugak sambil sambil tu alhamdulillah lah moga cepat insaf heheh. Dan bila kau couple benda buat date memang mesti (tapi alhamdulillah i never have a date with a guy) kan mesti kan date ni? Ni memang benda buang masa paling femes. Benda dapat dosa memang free macam kau dapat pahala bila senyum kat orang. Kau dahla buang masa + date + setan around = DOSA. Dosa kau tahu dosa free je bukan dosa susah macam striker football nak kasi goal, kau faham tak mcm mana? 

Ok mood jadi baik hahaha.

Aku bukan nya perfect sangat pasal semua benda ni. Aku bukannya arif sangat benda macam ni. Tapi aku share apa yang aku tahu, Aku social person mungkin. Aku berkawan dengan ramai orang. Aku kenal ramai jenis manusia, ramai jenis perangai, ramai jenis ragam jadi aku kaitkan semua tu aku share dengan korang, 

Kawan aku ada je yang couple. Ramai je. Tapi kita manusia, nak mencintai dan dicintai tu normal. Tapi sebagai islam kita kena buat tanggungjawab kita which is cegah maksiat dan bila dah cegah tu dorang nak donga ke tanak ke masalah dorang latu. Semua orang nak ada kesayangan masing masing kan semua nak ada orang special dalam hidup atau sekarang dah dikenali dengan pamggilan BAE( before after everything) kan? Aku pun nak, alaa semua nak. Biasanya orang akan cakap; 

"Kau kan dah ada family, Allah pun kau ada kenapa perlu couple tak cukup kasih sayang ke?"

Tolong, buka kotak fikiran kau. Sekarang dunia dah lain tak macam dulu. Bukan nak cakap yang macam gitu tu kolot tapi aku percayalah inside every person walaupun diorang macam "aku ada parents ah aku ada allah lah", tapi inside dia perlu somone, someone yang nak always be together. Kan?

Aku ulang yang atas tadi. Aku ramai kawan, aku kawan dengan semua orang. Dan melalui kawan lah aku share semua, tapi bukan semua kawan. Sebab certain people dia jarang share dengan parents dia. Antara banyak banyak kawan kau mesti akan ada at least sorang yang akan jadi sahabat kau, sahabat istimewa yang dapat share semua. Kau jadikan sahabat kau tu macam kau punya couple laa tapi jangan lah melebih alah paham laa cane kan? 

Haa sekarang kau dah nampak tak apa yang aku terangkan? 

Tak perlu nak couple bagai untuk  jadi kesayangan kau, untuk jadi kau punya bae untuk kau text and call all day long. Semua tu maksiat! Kau just perlukan kawan barulah kau boleh lupa semua kesepian bila takde gewe cehh hahaha. 

Sebab tu aku, Last aku couple dah lama gilaa ah tapi xingat bila, Sampai sekarang aku xpernah couple. Pernah je orang purpose ceh purpose bukan nak perasan tapi benda betul hahaha tapi yelah aku tak terima lah. Sebab aku dah senang dengan hidup aku. Hidup aku yang ada ramai kawan yang aku boleh borak bila aku bosan. Dari awal pagi aku bangun (awal lah sangat) dan sampai lewat malam pukul 3 cenggitu still ada kawan yang teman aku. Dan aku buat tu semua atas aku sendiri, tak perlu orang lain nak kongkong ke apa tak perlu nak ada gewe yang menyibuk hal aku siang malam haih menyampah dohh. 

Just, tunggulah saat paling bahagia nanti bila kau akan get married benda paling best seumur hidup atas dunia ni sebagai hamba Allah ceh hahaha. Tunggu je masatu barulah kau buat sweet thing together dengan future wife/hubby kau tu. Aku cakap ni bukan sebab aku dah kawen tapi as i said laa kat ataih tu haih. 

Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh share ni tapi nak taip pepanjang nanti bosan pulak kome nak membacanye kan hahaha tapi kalau nak tanya apa2 sila ke ruang komen ya dialu alukan. 

Lastly aku nak mintak maaf lah kepada yang bergewe tu atau yang terasa ke aku bukan nak mengata nak menindas nak mencela tapi kita manusia kena sama sama beringat. Aku kongsi apa yang aku tahu. Kau kongsi lah apa yang kau tahu kat komen tu. 

Ill stop here with this single picture so, wassalamualaikum.


" Friends are when you fall they lough at the first sight but then quickly pull you to stand back. appreciate them"

Saturday, October 25, 2014

Cream.

Assalamualaikum.

Okay tajuk harini adalah cream so here  we go.

Aku dah malas nak jadi nerdy sangat sbb aku rasa setiap post aku mesti aku akan describe pasal tajuk tu. Ok macam nerd sangat kan? Jadi kalau untuk tajuk harini aku rasa senang sangat dan mesti korang semua faham hahahah.

Cream yang aku maksudkan ini adalah bukan cream yang buat masak masak tu yang terletak atas kek yang selalu dikenali sebagai aising (atau kelantan je panggil ni)

Tapi cream yang aku maksudkan ini ialah face cream. Ok face cream. Aku rasa kalau awek awek mesti tahu sangat pasal face cream ni tapi kalau yang bab cowok cowok aku xtahu lah diorang tahu ke tidak tapi ada je kot yang tahu dan ada je kot yang pakai. *sinis*

So nak dijadikan cerita satu harini masatu sekolah aku ada latihan kawad kaki sebab tak lama lagi ada pertandingan jadi kitorang pun gigih lah berlatih petang petang waktu matahari still tegak atas kepala. Ok aku serious panas gila kot! Jadi bila dah kena matahari yang panas membahang tu memang wajid lah kan jadi face burned.

Face burn ni pula kalau someone tu memang teruk gila kena burned muka dia memang akan jadi macam kawasan terdedah kat muka tu akan jadi gelap dan kawasan yang xterdedah tu dia jadi alaa kulit asal lah dah sebab tak terdedah kan. Kalau girl yang pakai tudung ni kalau dia buka tudung memang serius lah wey nampaklah perbezaan dia dan selalunya benda macam ni lah penyebab depressed kepada cewek cewek hahaha.

(Dan kalau kau tak faham apa yang aku terangkan tadi tu kau boleh buat minah atau mamat orang putih sebagai contoh. Aku bukan nak mencarut tapi ini betul)

Aku rasa macam dah jadi cerita lain err.

Okay lepastu, sebab yelah kan bila kawad kena matahari bila kena matahari kena face burned bila dah kena face burned jadi gelap ok ulang jadi gelap . Sooo, bila dah jadi gelap keyakinan diri tu kurang yelah wey daripada face ni sebenarnya cerah terus jadi gelap sebab main tengah panas.

Jadi, masa tu memang aku rasa kulit aku ni bertambah gelap tambahan pula dengan kulit aku yang memang dah gelap jadi semakin gelap sebab main bawah matahati. Nak dijadikan cerita malam tu aku ada kelas tambahan malam so aku rasa macam gelap sangat je muka aku ni so aku decide nak pakai face cream . Kebetulan akak akak dalam bilik(asrama) aku ni jenis yang kaki make up so aku pun minta la pinjam nak pakai pegi class.

"Kak pinjam face cream tu boleh?"

"Oh nah ambik lah"

Dengan gigihnya aku pun pakai la cream tu. Tapi masalah aku ialah aku tak pandai pakai cream tau tak pernah pakai cream sebelum ni so memang aku main hentam je sapu kat muka hahaha. Plus masa tu dah lewat gila class memang dah nak start lagi lah aku kalut gila.

Aku ni pulak jenis yang tak suka bertanya "eh muka aku ok tak?" sebab aku tahu kawan aku takkan layan ok sedih :'( .

Lepastu, aku masuk kelas kebetulan memang tempat duduk aku belakang laki  (tapi kira nasib baik lah laki tu macam segang lah macam masuk angin lah macam satu kepala lah haa macam gitu)
Dengan kalutnya nak letak buku atas meja semua lepastu kamal (laki tu. Bukan nama sebenar) pun toleh ke belakang tanya homework dah siap ke belum alaa soalan biasa aku pun jenuh nak menjawab. Dengan kalutnya aku pun tengok lah dia dan jawab "siap bro" . Lepastu tiba tiba tau dia tanya aku;

"Wey, kau pakai cream ke? Hahahah"

Terkejut gila aku masa ni serius. Terus aku sapu sapu sikit kat muka kalau ada tompok tompok ke apa ke hahaha gelabah kot.

"Nampak sangat ke weh?"

"Bukan setakat nampak sangat, tompok bagai apalaa kau xreti pakai ke?"

"Manada ish diamlah kau malu aku"

Srys malu gila ok aku memang malu gila tak boleh nak describe hahahahaha. Terus aku pegi ajak kawan aku pegi tandas(sebab masa ni kawan aku baru datang kelas) nak cuci muka serik kot aku kena tegur dengan laki nasib baik sorang je tegur kalau reramai hah mahu nya nanti aku terjun sebab malu sangat.

So lepastu memang aku dah tak nak pakai cream dah memang aku dah tak nak dah memang dah serik gila dah. Menyesal pun ada sebab tak check betul betul hahaha .

Sooow, moral of the story is;
Kalau kau ada lah keinginan nak pakai cream aku nasihatkan pakai lah betul betul ek kasi rata sikit check cermin betul betul pastikan lighting tu kasi kena muka sbb kalau gelap memang tak nampak nak ratakan dia. Then, kalau nak pakai pun kasi beli yang mahal kalau xmahal pun biar sesuai dengan kulit kau sebab nanti kalau tak sesuai kan nanti kau jugak yang kena effectnya haa lagi teruk jadi muka kau tu. Beringatlah ye uolls :')

I end up here, Waalaikumussalam :)